Monday, January 25, 2016

PPMSB dalam kenangan...

Salam dan Hi semua.

Kembali lagi aku hari ni.
hahahha...
kadangkan aku nk timbul, aku akan timbul.
kadangkan aku nk hilang. lama bru timbul.
org slim debab mmg mcm tu. agk susah nk terapung. (xder kena mengena)

supervisor, admin asisstant dan executip
pesyen tudung sgt pemes time tu ye, ada ooooning keras... (hahaha)
yang aku perasan walaupun badan kurus (kurus la dr sekarang ni) muka aku tetappp bergentel..

semalam terperasan 1 gmbr yang dah 6 tahun aku post.
Gambar kenangan masa kerja PPMSB dolu2.
Teringat balik moment2 kat sana jadi rindu pulak.

1. Rindu kawan2 yg sgt2 best.
2. Rindu kurus.
3. Rindu muda.
4. Rindu anak dara. (hahahahah.. yang ini syial)

2 tahun lebih jugak la aku kerja kat PPMSB sebelum dpt UTeM ni ha..
banyak benda aku belajar kat sana.

Cara kerja diorg
mindset diorg
Goal diorg

frankly mmg berbeza sikit la dr kerja kat sini.
berbeza dr segi mindset dan perhubungan golongan atasan dan bawahan.
ada gap. yes GAP. bkn  brand GAP tu. haha

tp xperla kan. mana2 pun ada je cabaran. ikut kitala nak hadap ke nak hunggah hanggah ke.
apapun im proud jd sebahagian dr warga UTeM ku terbilang ini...

adui tetiba takder mood plak.
banner bunting signage kiosk apa plak yg tak buat lagik ni?
hah, satu lg kat sini skop keje berterabur, kerani boleh jd designer. hazab...
hahaha... xper xper jgn merungut. think positive je. asah skil org kata.

actually ni masa last day kat PPMSB...
jamuan akhir - farewelllll party gitu.
sedu2 dah masa ni.
eh kak linda anuar kurus la..hahah
kak jumaaton yang duduk bertudung tu dah merantau ke Qatar pun
dah jd OKB (kak ton suka mention ni dulu hahah)
mmg OKB sungguh dia skang..
duit tak abis makan...!

bos paling hensem dlm sejarah...
GM HR..
hi bos!
 
part of HR Team... 

keluarga kecil kami...
ramai yang dah reshuffle dan ada yg dah pencen....
 
time ni annual dinner.. tema batik.
tp baju aku tu chiffon.
belasah aje.
sbb aku pandangkan mcm batik je corak dia.
boleh le asal ada. batik mahal (cheapskate hahah)
lelebih lg pg sebelum majlis ni, ada satu mamat pakistan sudah langgar kete aku,
pecah berderai cermin belakang...
mabuk ketom agknyer....
jd aku x berapa nk happy sgt. (masa ni aku da bertunang dgn sisepian)
tu sbb double chin timbul...  (asal boleh je)

proper attire.
safety first.
masa ni tgh buat survey apa ntah kat plant, tak igt aku.
lawak tul aku pandangkan gmbr ni..hahahah
panas berdentum kot dlm plant ni, dgn busuk bau gas bagai.
tp pengalaman ni sgt berharga....


ok bai

(eh. dah habis?)

harharhar...










Sunday, January 24, 2016

Cooking is soooo not me... eh?

Air Kaki Madam Lala Lindaherdanie

Salam dan hi semua.

Aku mmg tak suka memasak.
Aku lebih suka mengemas.
Aku mmg kekok kat dapur org. 
Kalau dapur sendiri supsapsupsap begitu.
Aku rasa semua perempuan mcm tu.
Tak tahula kalu ada jenis yang terjah umah org buat mcm dapur sendiri.
hahah.

Dulu2 masa tinggal berdua aku jarang memasak.
Masa Arasy baby pun masih jarang.
Kitorg prefer makan luar or tapau.
Sbb kdg2 masak tak habis.
Aku pulak tak reti nak masak sikit2 ni.
Tak lawas aku rasa. 
Lagi satu buat habis dapur  gas aku je.
Sbb last2 end up kat tong sampah.

Sepian mmg jenis tak makan banyak.
Tp dia makan berulang.
Sebab tu dia slim.
Macam aku, makan banyakkkkk
Berulang pulak...
sbb tu aku ramping debab...
hahahahaha

Sejak Arasy dah besau ni baru ler aku gagah kat dapur.
berdezupp aje kang aku masak.
sbb aku pk anak nak makan. (dulu babah dia tak heran sgt aku pk, sbb kdg2 babah dia dah kenyang kat umah mak dia) 
senang hidup aku. harharhar.

Aku plak jenis tak kesah.
Nasi dgn sambal telur pun aku on. Aptah lagi sambal sardin. meleleh mukus2 hidung aku.

Skang ni balik keje aku tak tunggu sepian kat umah mama lagi. Tak kose i.
Dia selagi tak malam btg hidung mmg tak nmpk. bz benau ngalahkan menteri. 

Jd after 5 aku angkut anak, ronda2 hiburkan hati tenangkan jiwa pulihkan dara lara
balik umah, bukakkan arasy Good Dinosaur (lately G.D dah 100x pasang agknyer berulang2 smpi naik mental mommy ko nak), senseng lengan zupzap masak.

Banyak lak aku bebel. Gian.
Aku ni kadang2 dtg angin gian aku nk blogging aku mmg hura hara sikit.

Sebenarnya nak park gambau masak2 aku je hahaha
pastu bebel panjang2 bajet orgggg nak ler baca sgt hal ko.

ok bai.

cheesekut asalkan boleh (milo+cadbury)

Mee Bandung Melaka hahahawau (sbb rasa dia Melaka bukan Muor..hahah)

Taugeh Giant nikah tauhu goreng dan Masak Lemak Kak Kiah Kaki Ketam

Kuah Kacang Menangis + Rendang Ayam Mak Ko Hijo Kuning Biru Air Laut

Nasi Goreng Cili Padi Pedas berdentum dentam + telur goreng goyang mat dedau

Biskut Batik Sabah Sarawak Ikut suka hati aku

Cendawan Mat Celup + Masak Kurang Hasaaammm kau jenahak
banyak lagi menu sbb dah masak hari2, cuma kadang2 tak kose nak menghuploadnyer..

itu saje.
sekian.
wassalamun.





Friday, January 22, 2016

Jom Ler Gegau 2016 - The Beginning.

Salam,

Lupakan la prev post.
its just a placed to maki there.
lega. habis.

Family.

Last October, all the cousins, decided to proposed an official FD for Jaffarians.
Dekat2 je venue kita pilih sbb ada yg tgh pantang, ada yg sarat, ada yg ada anak kecil nk travel jauh2.
All the circumstances semua kita kira.
Takmo selfish. Kalu ikutkan mmg rasa sgt nk buat jauh2.
oh, of coz fikirkan the COST.
ekonomi melecet katakan. lecet sgt.

so,
1st thing 1st kitorg, the director of tis project, tak lain tak bukan the anchor, my sista
formed a whatsapp grup to gather all the ideas etc2.

then the AJK,
the concept and idea, the theme, etc etc

we came out with tis.

design by LHR

Actually at the 1st place kitorg letak JOM LER GEGAU LAHABAU 2016, but after mengira the sensitiviti syg2 in a family semua dan kecabulan bahasa itu tidak sesuai dgn anak2 kecil so lebih manis begitu la..hahahaha
LHR... courtesy to google image. (cant really remember the website ofr tis free tag - thanks a lot

Theme : JOM LER GEGAU 2016!
Venue : around Pt Puteri
Date : CNY
Color Theme : Smoke Grey.
The Fees
The exchange gift.
The sukaneka
Dll....

Yippi!

Mcm2 dugaan tau nk siapkan tis project.
Actually tis is our 3rd FD tp the 1st n 2nd buat kt rumah the director of FD my sis (once again no need to introduce - also blogger pencen sejak kembali ke jalan Allah.. hahah)

1st FD

2nd FD
ramai sebenarnya tp tak termasuk da dlm frame, sumore malas nk upload.. akas akas akas.

jd,
sebagai permulaan ini, just put a general idea in tis blog, for my future refences,

t-shirt

the banner  - LHR design

bunting - LHR design
hey, tis is wat we call family tau. (tetiba)

ok for now.

will update the progress later. esok ptg ada makan busar family day meeting,

ciao,

(Updated on Moday 25/01/2016)

Mesy. JK Pemandu Jom Ler Gegau Bil. 2/2016
Minutes of perbincangan akan diupdate later in Jaffar & Jaharah Families Whatsapp group.

Tq..

hahahaha

Thursday, January 21, 2016

Its just a bad day, not a bad life!

Salam,

blogger pencen bermusim. sekejap ada. sekejap hilang mcm biskut.

harap bertabah.
apa yg aku akan tulis ini mungkin akan mengganggu emosi dan hati sesetengah pihak,
tetapi kadang2 meluahkan dengan jari jemari di keyboard dan dilaman ini adalah lebih baik dr meluahkan dengan manusia yang tidak akan pernah faham dgn apa yg kita lalui.

aku dah penat dengan manusia yg bertopengkan agama, hadis, dan kata2 hikmah sebagai sindiran untuk aku.tetapi tidak pernah pula menujukan semua itu kediri mereka sendiri.
walhal jika dipandang dr mata kasar org sekeliling pun, mereka mereka ini berselindung di sebalik itu semua.

ye memang aku terasa.
 kerana selama 10 tahun ini, aku mmg telah kenal cara lenggok dan perangai masing2.
aku sudah penat disindir, di hina. diabaikan hak aku.demi mengikut telunjuk kamu.
sentiasa mengikut kehendak kamu walaupun terpaksa mengorbankan perasaan ibuku.
sentiasa di beri arahan waima perkara sekecil kuman pun.
aku tidak pernah membantah, melawan malah sentiasa akur dan mengikut telunjuk.
selama 9 - 10 tahun ini perlbagai cerita buruk mengenai aku disampaikan tetapi aku diamkan kerana tidak mahu berbalah.
cakaplah apa sahaja pasal aku. burukkan la.
sebar kan lah. kerana ketahuilah, aku HARAMKAN setiap fitnah dan sewaktu dengannya mengenai aku yang keluar dr mulut2 puaka tu.
selagi tiada ungkapan MAAF selagi itu tiada KEMAAFAN untuk kamu semua.

dan aku ingatkan sekali lagi..
jika ada yang tidak tahu pokok pangkal jalan cerita yang terjadi mohon jangan campuri urusan aku.
kerana dgn BERLAGAK PANDAI mu itu semakin mengeruhkan keadaan.
aku tiada apa2 urusan dgn mu, dengan keluarga mu. jd jgnnnnnnn please jangannnn berlagak baik dan bagus. dan jangan sentiasa tau menyindir org sekeliling mu, kerana tenung dalam2 diri kamu dulu adakah kamu sudah cukup bakti?

aku betul2 penat dgn semua ini.
fokusku hanya pada keluarga kecil ku.
suamiku.
anakku.
aku tidak perlu kata2 sindiran, konon mahu mengubah aku ke arah kebaikan.

jika benar itu dosaku, jd itu urusan aku DENGAN ALLAH,
dgn org yang aku berbuat dosa.
takde kena mengena dengan kamu yang hanya pandai melatah, bercakap dan menyindir.
dan menjadi kak nam bang nam dan batu api.

just TALK TO MY HAND and ENOUGH.,