Tuesday, February 16, 2016

Takkan pernah abaikan hak itu...

Ye,

Topik ni aku tak pernah tulis.
Tapi tak bermakna aku tak pernah fikir.
Ia sentiasa berlegar2 dlm benak aku.

Kalu kawan2 yang rapat dgn aku, diorg tau siapa Arasy.
Cuma kdg2 aku rasa ada sesetengah ibu yg rasa aku seperti MERAMPAS hak org pula..
bukan begitu,
jika bukan aku yg ditakdirkan ambil dia, org lain pasti ambil.
ataupun nasib dia aku tak tahu mcmana........... mmm...

benda ni sgt sensitif.
aku serius tak berniat nk memisahkan seorg anak dgn bilogical parent (b.p) dia..
walapun bukan dr rahim ku sendiri, aku dpt rasa betapa sedihnya b.p dia jika anak dipisahkan...
diorg syg arasy. aku tau tu. tp mgkin keadaan hidup yg mendesak maka direlakan jua.

Selepas terima arasy, b.p dia terus meghilangkan diri.
masa arasy 3 bln, kebetulan hari raya aidilfitri, aku bawa dia ke rumah yang aku ambil dia dulu...
sbb niat aku mmg takkan pisahkan dia dgn b.p dia... nk arasy kenal adik beradik dia... arasy anak yg ke 6.. bongsu.. (skarang tak taula kalu ada adik lagi..heheh)
tp b.p dia dah pindah .. kebetulan sblh rumah b.p dia kawan mama... so kawan mama ckp diorg pindah senyap2... bgn esok pg tgk rumah dah kosong...
no. tel pun diorg tukar...  malah berhenti kerja jugak.

please jgn salah fhm. aku tak pernah labelkan diorg teruk.
mgkin diorg ada reason yg kukuh buat mcmtu..
diorg syg arasy.. aku tau.
tp mgkin juga diorg tak sanggup tgk arasy di samping kami, sbb mgkin takut berubah hati.

baju ni adalah satu2 pemberian dr b.p dia...
hanya baju. seluarnya tiada sbb b.p dia simpan. aku tau. mgkin utk melepaskan rindu,
ataupun kenang-kenangan....... 



sepian ckp, biarlah diorg 'hilang' dulu
smpi masa nnt kita cari dan bwk Arasy jmp b.p dia.
itu tanggungjwab kita...

untuk masa itu, aku hrp Arasy juga terima benda ni dgn ht terbuka.
mommy mana yg tak takut utk berterus terang ttg satu hal kebenaran.
serius aku cuak untuk tunggu masa itu.
aku takut Arasy tinggalkan aku.
bimbang Arasy down...
risau dia pk b.p dia tak syg dia malah diberikan pada aku utk menjaganya...
aku taknak hati anak kecil ini yg aku syg melebihi nyawaku ini terluka, kecewa dan sedih.

untuk masa ini, aku hanya boleh berdoa,
semoga jika sudah smpi masanya untuk berterus terang tentang satu kebenaran yg sgt besar ini,
aku harap aku dan si sepian sudah bersedia, dan Arasy dpt menerimanya dgn hati terbuka malah berbangga mempunyai 2 org ibu, dan 2 org ayah yang benar2 sayangkan dia...

k. bai.






No comments:

Post a Comment